Saturday, 8 July 2017



headher 31.png



PENGENALAN AHLI 


SOORNA KUMARAN A/L P UTHAYA KUMAR
16DET16F2006


SUREEN A/L SELVAM
16DET16F2019
20170327_233906.jpg





Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. 

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.


TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP KELUARGA 

Tanggungjawab seorang bapa juga amat besar dalam keluarganya.Maka wajarlah kita sebagai anak untuk menghormati mereka sebagaimana kita menghormati ibu di atas pengorbannya , tanpa perlu ada pilih kasih.Kuasa seorang ayah mampu mempengaruhi tumbesaran seorang anak.Peranan ayah dapat memberi pengaruh terhadap kehidupan sosial , prestasi di sekolah dan pencapaian cita-cita anak.Ayah adalah hero di mata setiap anakJadikan diri anda seorang ayah yang sangat disanjung oleh anak-anak.Justeru , tanggungjawab sebagai ayah patut bermula sejak janin anak terbentuk dalam rahim ibu.Pastikan anda terlibat sama dalam setiap perkembangannya.


Biarpun secara fizikalnya , kelihatan hanya ibu yang terikat dengan anak yang berada dalam kandungannya.Namun , janin yang membesar dalam kandungannya tetap tahu kehadiran si ayah melalui sentuhan , belaian dan bicara yang dituturkan setiap detik di perut ibu.Di antara tugas atau peranan seorang bapa terhadap keluarganya ialah menyediakan bajet.Seorang bapa haruslah menyediakan keperluan nafkah yang halal dengan usaha yang sedaya mungkin.Selain itu , memimpin.Bapa harus menjadi sebagai pemimpin dan ketua keluarga , bapa perlulah kuatkan imannya tidak sekali-kali akan bertolak ansur dalam perihal soal dosa.Maka dengan itu , bapa perlulah mendidik keluargannya agar mentaati ajaran agama.Selepas itu , melindungi.Seorang bapa wajib untuk melindungi anak-anak dan isteri daripada dikhianati atau dizalimi oleh orang lain.


Oleh sebab itu , bapa haruslah awasi pergerakan mereka siapa rakan-rakan mereka dan apakah aktiviti harian mereka.Tentulah tidak wajar bagi seorang bapa untuk membiarkan anak lelakinya bergaulan bebas dengan wanita , anak perempuannya keluar rumah tanpa ditemani warisnya.Banyak lagi peranan yang perlu dipikul oleh seorang lelaki yang bergelar sebagai bapa , mahupun tanggungjawabnya sendiri sebagai seorang suami kepada isterinya , seorang anak kepada ibu bapa dan mertuanya sendiri.

  • http://sifubm.blogspot.my/2010/12/keluarga-bahagia.html

TANGGUNGJAWAB IBU TERHADAP KELUARGA 

Fungsi utama dalam sesebuah keluarga ialah IBU kerana ibu ialah sebagai "tiang rumah tangga".Sebagai anak kita harus mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuhan kerana jika mereka tidak melahirkan kita , kita tidak berpijak atas bumi ini dan hanya mereka sahaja tahu betapa susah mereka untuk melahirkan kita,Kita harus bersyukur dan menghargai pengorbanan mereka.Ibu memainkan banyak peranan dan tugas di keluarga.Terdapat beberapa peranan dan tugas yang ibu memikul antaranya ialah memberi mengenalkan dan mengajarkan agama.


Memberi mengenalkan dan mengajarkan agama pengetahuan dan pendidikan agama kepada anggota keluarganya adalah suatu kewajipan agar anggota keluarganya mengenal dan takut akan Tuhan sehingga mahu melakukan perintahnya dan menjauhi larangannya serta memiliki perilaku dan akhlak yag baik agar dapat selamat di dunia mahupun akhirat.Selain itu , ibu  harus menanamkan sikap disiplin,jujur,rendah hati,rela berkorban,menghormati orang lebih tua,tidak melawan orang tua,tidak berkata kasar,bertanggunjawab dan perilaku baik lainnya kepada keluarganya terutama pada anaknya sejak kecil dan serta memberi contoh atau teladan yang baik kepada keluarganya.




Seterusnya , ibu harus mengenalkan nilai-nilai murni yang ada di masyarakat kepada anggota keluarganya dan terutamanya kepada anaknya supaya dapat mengawal dan membentuk anaknya sebagai seorang anak yang baik dan mengelakkan daripada perkara negatif dan tidak baik.Walaubagaimanapun, ibu harus melindungi kesejahteraan dan keselamatan keluarganya dari segala ancaman.Meskipun , ibu juga harus metaati dan patuh kepada arahan suami sentiasa kerana walaupun ibu yang watak utama dalam sebuah keluarga suaminya ialah pelindung untuk isterinya.Ibu juga harus menjaga maruah keluarga kerana ia dapat membantu melahirkan sebuah keluarga yang harmonis dan mempunya kasih sayang yang kuat dan ketat.Ibu juga harus menasihati dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang baik dan mengharumkan nama ibu bapa.

Ahkirnya , ingat peribahasa " kasih sayang ibu sepanjang masa".Peribahasa ini bukan sekadar hiasan atau kata kerana memang ibu adalah salu satu sumber cinta dalam keluarga.Sayangilah IBU anda !
  • http://anelyza.blogspot.my/2011/01/keluarga-bahagia.html


TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KELUARGA

Setiap anak umumnya memiliki ibu bapa yang bertanggunjawab atas dirinya dalam hal membesarkan,mengasuh,memberi nafkah,mendidik, dan lain-lain lagi.Tanpa ibu bapa seorang anak akan sangat kesulitan untuk menjalani kehidupannya.Pada dasarnya,ibu bapa sangat sayang kepada anaknya dan ingin anaknya menjadi orang yang baik,peramah ,cerdas dan lain-lain lagi.Terdapat beberapa tanggungjawab anak terhadap keluarga antaranya ialah setiap anak harus menyayangi ibu bapa yang telah dengan segala daya upaya berjuang membesarkan anak-anaknya agar kelak nanti menjadi orang yang berguna di dunia dan di akhirat.
Selain itu , rajin belajar menimba ilmu.Contohnya , walaupun tidak cerdas dan mempunyai prestasi yang biasa-biasa saja di sekolah , anak-anak yang tekun belajar tanpa disuruh-suruh boleh membuat ibu bapanya bangga.Selepas itu , ibu bapa akan sangat senang sekali jika anak-anaknya menjadi anak yang berkuat imam.Anak-anak yang memiliki keimanan dan ketakwaan yang kukuh serta selalu mendoakan kebaikan ibu bapanya di mana pun dirinya beradad akan sangat disayang oleh ibu bapa.Doa anak kepada ibu bapa adalah hal yang sangat penting yang dapat mendatangkan kebaikan kepada ibu bapa.



Seterusnya , anak yang bertanggungjawab selalu siap memberikan bantuannya kepada ibu bapa mereka tanpa diminta.Meskipun , anak yang baik harus memahami perasaan ibu bapanya dan tidak membuat marah mereka terhadap anaknya.Contohnya , hal-hal yang membuat ibu bapa marah ialah seperti berbohong,membuat kenakalan,melanggar perintah agama dan berponteng sekolah.


Selepas itu , anak yang baik akan menjadi kebanggaan keluarganya.Anak yang baik juga akan disukai oleh orang-orang yang ada di sekitarnya.Selain itu , seorang anak harus menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga,Contohnya , harus menjadi anak yang baik dan menjadi seorang contoh kepada anak-anak orang lain.

Ahkirnya , di kala ibu bapa telah pensiun atau berhenti kerja maka ibu bapa akan sangat mengharapkan anak-anaknya untuk menjaga mereka oleh itu , sebagai anak anda harus mengalih ke tempat bapa dan menjaga keluarga.

  • http://subrato403.blogspot.my/2015/08/keluarga-bahagia.html


Perbezaan agama
Tak jarang di dalam sebuah keluarga terdiri dari anggota keluarga yang memiliki keyakinan yang berbeda, perbedaan keyakinan tersebut mampu menjadi pemicu terjadinya sebuah konflik jika masing-masing orang tidak memiliki toleransi satu sama lain. Memeluk sebuah agama yang diyakini adalah hak asasi tiap-tiap orang, kita tidak boleh memaksakan kehendak kita terhadap orang lain, namun dalam prakteknya memang tidaklah mudah. Bukanlah kita yang berhak menghakimi seseorang akan apa yang dia percayai, toleransi adalah satu-satunya cara yang bisa kita andalkan agar dapat terciptanya kerukunan dalam keluarga, meskipun terdiri dari agama-agama yang berbeda.

  • http://88karangan.com/karangan-28/


PENGAJARAN


Dalam mengejar kehidupan dunia yang sementara ini sudah pasti ibu bapa kan dilanda masalah kesibukan usaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan . Namun begitu sebagai ketua keluarga hendaklah memperuntukkan sebahagian masa untuk keluarga dan anak-anaknya. Jangan menyerahkan tugas mendidik anak-anak dan keluarga kepada orang lain. Jadikankanlah aktiviti seperti solat berjemaah, makan bersama sebagai rutin waib bersama keluarga. Demikian juga aktiviti luaran seperti berkelah, riadah, melancong, bergotong-royong, mengemas rumah dan seumpamanya. Ibu bapa perlu memastikan bahawa suasana dalam rumah adalah ceria dan menganggap rumahku adalah syurgaku. Apabila aktiviti seperti itu di wujudkan di dalam keluarga maka akan wujudlah suasana yang harmoni dan bertambah kasih sayang.

Berkongsilah pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dalam mencari keyakinan diri dan sentiasa menggalak serta mengasah potensi diri mereka. Yakinkanlah mereka bahawa bapa sebagai insan tempat dijadikan rujukan terbaik. Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti persekolahan mereka di samping sentiasa cuba tahu dan mengenali rakan mereka. Sesungguhnya dewasa ini peranan seorang ketua keluarga amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam.

KESIMPULAN
Keluarga merupakan masyarakat kecil. Keluarga terdiri dari suami, ister, ayah, ibu anak-anak, dan juga orang lain yang menjadi anggota keluarga. Tiap anggota keluarga wajib bertanggung jawab kepada keluarga. Tanggung jawab ini menyangkut nama baik keluarga. Tetapi tanggung jawab juga merupakan kesejahteraan, keselamatan dan kehidupan.Misalnya seorang anak memiliki tanggung jawab kepada keluarganya untuk selalu menjaga dan melindungi nama baik keluarganya setiap saat dengan cara bertindak dan berperilaku dengan sopan dan santun sesuai dengan aturan yang ada dalam masyarakat dan tidak melanggar aturan-aturan tersebut.










No comments:

Post a Comment